Saturday, October 18, 2008

Sajian Lambaian




















menu sarapan dan makan tengah hari minum petang

MENU UNTUK MINUM PAGI

MENU 1 :
Nasi Lemak
Set Sambal Sotong
Kuih Talam Keladi
Kuih Cucur Badak
Minuman Panas – Tea/Nescafe

MENU 2 :
Meehoon Goreng Hailam/ Singapore
Kuih Seri Muka
Sandwich Tuna/Telur
Minuman Panas – Tea/Nescafe

MENU 3 :
Makaroni Goreng
Kuih Talam Jagung
Kuih Bingka
Roti Minuman Panas – Tea/Nescafe

MAKAN TENGAHARI

MENU 1:
Nasi Briani
Ayam Masak Merah
Daging Rendang Utara
Acar Nanas + Timun
Buah-buahan Campuran
Minuman Sejuk

MENU 2 :
Nasi Putih
Kari Ikan Dengan Bendi
Ayam Goreng Berempah
Sambal Tumis Udang
Sayur Campur Tauhu Jepun
Ulam Sambal Belacan
Buah-buahan Campuran Minuman Sejuk

MENU 3:
Nasi Putih
Masak Lemak Udang dengan Nenas
Ayam Goreng Berempah
Daging Hitam Manis
Ikan Goreng Bercili
Kerabu Kacang Botol
Ulam Sambal Belacan B
uah-buahan Campuran
Minuman Sejuk


MENU UNTUK MINUM PETANG

MENU 1 :
Meehoon Goreng Hailam
Roti jala Kari Ayam
Kuih Talam Sri Kedah
Kuih Cara Berlauk
Minuman Panas – Tea/Nescafe

MENU 2 :
Laksa PenangKuih
Talam Pandan
Kuih Talam Labu
Kuih Karipap Minuman Panas – Tea/Nescafe

MENU 3 :
Mee Goreng Mamak
Kuih Lapis Kacang
Kuih Lompang Warna
Kuih Sardin Roll
Minuman Panas – Tea/Nescafe

Harga – RM 18.00 setiap seorang untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang.
Tempahan hendaklah melebihi 50 orang
Tidak termasuk kos penghantaran

REZEKI RUMAH TERBUKA


Ramai wanita yang mengusahakan katering nikmati rezeki berganda. BERKAT lebaran membawa seribu rahmat. Bulan mulia ini bukan saja mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam, malah melimpahkan rezeki kepada mereka yang bijak mencari kesempatan. Aidilfitri yang sinonim dengan kemewahan hidangan dan makanan tatkala berkumpul beramai-ramai bagaikan lubuk rezeki untuk pengusaha makanan khususnya yang menguruskan katering. Ramadan yang hanya mengehadkan mereka beroperasi pada sebelah malam iaitu ketika berbuka puasa dan sahur saja, bagaikan diganti pula rezeki mereka dengan tempahan untuk majlis rumah terbuka. Kebanyakan pengusaha katering tidak cukup tangan menerima tempahan daripada orang ramai sama ada secara persendirian atau korporat yang menganjurkan majlis rumah terbuka pada minggu kedua Aidilfitri. Bahang kesibukan mulai dirasakan juga oleh restoran Lambaian Seafood yang turut menawarkan khidmat katering untuk rumah terbuka dan juga majlis jamuan lain. Lambaian Seafood yang terletak di Sentul Boulevard menyediakan masakan tradisional Melayu yang pastinya mengimbau kenangan ketika berada di kampung. Pengurus dan juga pemilik restoran berkenaan, Zainul Akma Jaafar, berkata Lambaian Seafood menerima sekurang-kurangnya 12 tempahan sejak sebulan sebelum berpuasa lagi, malah tempahan untuk rumah terbuka boleh mencecah ratusan sepanjang Syawal dan lazimnya tempahan untuk menyediakan hidangan hari raya itu datang daripada orang perseorangan serta pelbagai syarikat korporat seperti bank mahupun agensi kerajaan lain. “Tahun lalu, sepanjang Syawal kami sibuk menyediakan hidangan hari raya untuk rumah terbuka. Bagaimanapun, kebanyakan orang suka tempah lewat. Lazimnya selepas seminggu hari raya, barulah ramai yang menempah. Sepanjang raya memang kami sibuk dari pagi hingga ke malam. Bagaimanapun, kami cuba mengelakkan tempahan di hari Sabtu dan Ahad kerana Lambaian Seafood juga menyediakan khidmat katering untuk majlis perkahwinan yang kebanyakannya pada hujung minggu. Pada hari raya pun, ada majlis perkahwinan diadakan,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini, Lambaian Seafood yang sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu di Sentul Pasar, terkenal dengan keenakan hidangan masakan Melayunya. Masakan Melayu Warisan Nenek adalah slogan yang menarik perhatian ramai kerana masakan yang disediakan berasaskan resipi masakan tradisional lama terutama Perak dan Pahang. Antara hidangan menjadi sebutan seperti nasi beriyani, rendang daging dan laksa yang dianggap popular serta digemari pelanggan Lambaian Seafood. Keenakan kuih muihnya juga menyebabkan ia ditempah oleh hotel di ibu kota. Mengenai harga, katanya, bergantung kepada pakej disediakan iaitu bermula RM6 seorang sehingga RM25 seorang untuk pakej VIP. “Harga paling rendah, RM6 seorang mengandungi makanan seperti sate, ketupat, laksa, rendang dan bihun goreng. Kalau ingin hidangan lebih istimewa, harga mencecah RM25 seorang, tetapi lebih banyak pilihan seperti sate, barbeku dengan pilihan daging rusa, kambing, ayam, daging atau ikan panggang. Dalam sehari, kami mampu meraih sehingga RM2 ribu, tetapi untung bersih sekitar RM1 ribu saja untuk setiap rumah terbuka,” katanya. Beliau berkata, dalam sehari Lambaian Seafood mampu memenuhi empat tempahan rumah terbuka kecuali jika ada majlis perkahwinan pada hari berkenaan memandangkan perniagaan utama syarikat berkenaan adalah menyediakan hidangan untuk perkahwinan berbanding katering untuk rumah terbuka yang hanya pada musim hari raya. “Rumah terbuka mengikut musim sama ada Aidilfitri atau Aidiladha, tetapi perniagaan utama kami adalah majlis perkahwinan. Justeru, tumpuan lebih diberikan kepada perkahwinan. Tambahan pula kami mempunyai restoran di Sentul Boulevard yang juga perlu diuruskan dengan 12 pekerja. “Mereka terpaksa dibahagikan kepada beberapa tempat untuk majlis rumah terbuka. Sesetengah pelanggan mahu ada pelayan, tetapi perlu membayar caj lebih sedikit iaitu RM40 seorang. Ada juga pelanggan yang tidak memerlukan pelayan, tidak jadi masalah. Ini bergantung kepada bajet mereka,” katanya. Kedatangan lebaran bagaikan bonus untuk Zainul dan pekerjanya. Ketika orang lain bergembira berhari raya, mereka bertungkus lumus bekerja dari pagi hingga malam bagi memastikan segala berjalan lancar. Bagaimanapun, hasil kerja keras mereka tidak sia-sia apabila mampu menerima pulangan lumayan mencecah ribuan ringgit dalam tempoh sebulan.

-BERITA HARIAN 6 OKTOBER 2008-